Masuk saja minggu terakhir Jun ni bagi aku sekeluarga adalah bersamaan dengan double birthday celebration .. birthday emak ku yang tersayang dan juga tak lupa adik bongsu aku , Firdaus. Jadi , sempena hari lahir orang-orang yang aku sayang ni , aku nak cerita sikit pasal emak dan adik aku.
First , mestilah nak cerita pasal emak aku dulu .. (sorry la adik , ladies first ok) . Emak aku ni bagi aku memang betul-betul ironwoman. walaupun beliau seorang career women , tapi beliau boleh menjaga kebajikan keluarga aku tanpa merungut pun! Kadang-kadang aku terfikir , agak-agaknya bila aku dah bekerja dan berkeluarga nanti, boleh ke tidak aku nak jadi macam mak aku . Pandai bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga . Bukan apa , aku ni baru praktikal , tapi bila balik je rumah , tak tunggu lama , terus je aku mendaratkan diri aku sendiri atas landasan tilam dan bantal..penat woo..kalau dah ada keluarga sendiri nanti , tak tahu la macam mana..hehe..but , who know, right? Jadi persoalannya disini, adakah emak lebih berstamina daripada aku , ataupun stamina aku kurang daripada mak ? hihihi.. Untuk emak , selamat hari lahir yang ke 1 ++ .. semoga hidup mak akan lebih diberkati , sentiasa sihat , dilimpahi kebahagiaan , dimurahkan rezeki , dipenuhi kejayaan dan mak akan dapat mencapai segala impian dan cita-cita emak .. abah , along,angah,alang,adik sentiasa menyayangi mak sampai bila-bila .. thanks for being such a wonderful angel in our life .. i love you so much , emak ! Happy Birthday to you , love:)
sekarang , giliran adik pulak .. adik aku ni , manja orangnya .. almaklumla, anak bongsu.. walaupun dah tingkatan tiga , aku masih anggap dia sebagai adik kecil aku..sampai dia tua pun , dia masih adik2 kecil aku .. walaupun baru tingkatan tiga , tapi ,pemikiran dia matang , agaknya sebab bercampur dengan kakak dan abang yag dah lanjut usia macam aku , so secara tak langsung dia terpengaruh la dengan pemikiran , perbuatan dan percakapan orang-orang sekeliling dia..hehe..hobi dia main game, kalau sehari suntuk menghadap PC pun tak ada hal la , boleh hidup punya .. tapi aku tak kisah , dia main game , aku nampak dia depan mata , so tak la risau kalau sangat daripada dia selalu melepak merayau tak tentu hala,bercampur dengan entah siapa-siapa. Takut juga sekarang ni , macam-macam kemungkinan boleh berlaku . Pak Lebai pun rogol cucu , apa lagi orang yang tak berapa nak lebai .. tapi , harap-harap,tak ada la perkara macam tu berlaku..alamak , terkeluar topik la pulak .. hehe .. so , moral of the story , jaga la diri baik-baik ok. abah,emak,along ,angah,alang sentiasa sayangkan adik . kami memang suka menyakat adik , tapi sakat tak sampai kehati .. jangan marah ye cici.. we all love you sayang, stay cute,stay being my little adik always. we love you so much dadik! Happy birthday , love:)
No comments:
Post a Comment